Monday, November 29, 2010

Ajar Anak Tidur Sendiri

          Melatih anak kecil tidur berasingan drpd ibubapa bukan perkara mudah bagi sesetengah ibu bapa. Apatahlagi jika umur si anak sudah menjangkau dua @ tiga tahun ke atas. Pada ketika ini, usaha anda mungkin menjadi terlalu sukar kerana si kecil yang sudah biasa tidurnya dipeluk ibu sejak dari lahir, tidak akan mudah menerima perubahan baru itu.

           Jadi tidak hairanlah jika masih ramai di kalangan ibu bapa yang terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak2 biarpun ada yang sudah berusia lima tahun. Lagipun mmg menjadi amalan terutama di kalangan masyarkat Melayu untuk tidak membiarkan si kecil tidur sendirian ketika masih bayi. Walaupun ia bertujuan memudahkan si ibu menjaga bayi mereka, ttp ia akan menjadi tabiat yg sukar utk diubah apabila besar. Pertama, kerana mereka sudah selesa tidur bersama dengan ibu dan sukar tidur apabila tidak dipeluk ibu sepanjang mlm. Kedua, perasaan tidak selamat dan mudah takut apabila berjauhan dgn ibu. Bayi @ kanak2 yg sentiasa berdampingan dgn ibu kurang yakin utk berjauhan dgn ibu bapa apatahlagi untuk tidur berasingan.





Tip Latih Si Manja Tidur Berasingan.

  1. Mulakan ketika masih bayi. Bayi yg baru dilahirkan pasti lebih selesa di dlm pangkuan ibu. Persekitaran luar adalah dunia baru baginya, oleh itu bayi akan berasa kurang selesa dan kerap menangis. Bagaimanapun sbg langkah awal, anda perlu mengasingkan bayi anda sejak usia enam minggu. Sebaik shj tertidur, cuba letakkan bayi ke katil khas yg disediakan utknya samada di penjuru bilik tidur anda @ bilik khas.
  2. Si Manja mungkis menangis apabila menyedari anda cuba meletakkannya di katil. Sebaliknya ingin terus kekal tidur dipangkuan. Cuba pindahkan bayi drpd pangkuan anda ke katil sambil mendodoikannya. Nyanyian lagu-lagu dodoi yg biasa anda lagukan apabila anda ingin tidurkannya. Nyanyian anda yg berterusan akan memenuhi saluran saraf pendengaran bayi dan mendodoikannya.
  3. Tepukkan perlahan-lahan dengan kasih sayang di belakangnya selama beberapa minit utk menenangkannya dirinya. Bayi akan belajar utk selesakan diri dgn alunan merdu suara anda sambil merasa usapan kasih si ibu.
  4. Jika bayi menangis, teruskan menepuk blkangnya kembali dan dodoikannya. Ttp jgn dukung bayi anda! Ini akan memberi petanda kurang baik terhadap usaha anda itu. Dan seterusnya mungkin menggagalkan usaha anda utk melatih Si Manja tidur sendiri.
  5. Jika bayi anda menangis dgn kuat @ meraung, anda mungkin perlu mendukungnya kembali dan tenangkannya sekali lagi. Dodoikannya @ bercakap-cakap dgnnya utk meyakinnya. Selepas SI Manja kembali tenang, ulanginya semula sehingga dia rs selesa tidur di katilnya. Sabar!, anda mungkin perlu mencubanya berulang kali sebelum bayi memahami bahawa di katilnya sendiri juga selamat dgn anda sentiasa di sisinya.
  6. Jika anda masih tidak berjaya, cuba lagi apabila bayi sudah besar sedikit. Mungkin ketika usianya dua @ tiga bulan tetapi bukan selepas enam bulan.Pada peringkat ini, bayi sudah mengecam anda dan sukar terima perubahan baru tanpa si ibu. Anda perlu bersabar dan lakukannya dengan konsisten dan bukan hangat2 tahi ayam!!
           ~chaiyo' chaiyo'~

No comments:

Post a Comment